Malaysia Info
Neelofa Dilantik Sebagai Duta TN50
Selepas disenaraikan antara 300 individu berpengaruh dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017, kini selebriti Neelofa dilantik sebagai duta Transformasi Nasional 2050 (TN50). Mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial, Neelofa mahu menggunakan medium tersebut untuk menarik perhatian rakyat Malaysia agar terlibat dalam pembentukan TN50.
Saya rasa apa yang paling penting sekali adalah untuk mereka semua terlibat secara langsung sebab sekarang ini mereka rasa mereka tidak diperlukan dan tiada fungsi dalam pembentukan TN50.
Jadi saya mahu wujudkan kesedaran supaya pengikut saya termasuk mereka di luar sana faham bahawa kita semua adalah sebahagian daripada pembentukan TN50. Apa yang boleh saya utarakan adalah menggunakan media sosial saya sebab sekarang ada banyak cara seperti IG live, Instastory dan pelbagai lagi di mana saya akan menggunakan ia sepenuhnya sebagai platform utama.
Pastinya, selepas ini, saya akan terlibat secara langsung dan saya sebagai medium untuk tarik mereka (rakyat Malaysia) untuk menyertainya dan mendengarkan apa yang hendak disampaikan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, kesemua duta yang dilantik akan memainkan peranan dan pengaruh mereka dalam bidang masing-masing dalam menarik minat lebih ramai belia untuk terlibat sama dalam pembentukan TN50.
Nampaknya kerajaan Malaysia juga akur bahawa populariti Neelofa mungkin boleh memberikan impak besar terhadap pembentukan TN50. Ermm..Apa komen anda?