Iqram Dinzly Kemalangan, Rumah Pula Dipecah Masuk Alami Kerugian RM10,000

Kali ini kami bukan hendak siarkan gosip ataupun kontroversi mengenai Iqram Dinzly tetapi simpati dengan nasib malang yang menimpa beliau sehingga mengalami kerugian RM10,000 apabila rumahnya dipecah masuk pencuri. Beberapa barangan berharga sepeti jam tangan, telefon bimbit serta komputer milik arwah bapanya telah dicuri.

Hanya beberapa jam selepas memuat naik status rumahnya dipecah masuk, Iqram memuat naik pula foto kereta jenis Honda CRV miliknya yang rosak teruk di bahagian “bumper” kerana terlanggar tembok. Insiden itu berlaku kerana Iqram memandu dalam keadaan penat dan mengantuk.  Bagaimanapun, Iqram tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ditimpa ujian yang agak berat, Iqram tetap tenang dan sabar. Buat beliau, apa yang berlaku adalah suratan takdir dan mempercayai ada hikmahnya tersendiri.

loading...