Malaysia Info
Kontroversi Gambar Bogel, Alicia Amin Minta Netizen Cari Ciri Baik Seseorang
Nama Alicia Amin mula dikenali selepas memasuki program Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima. Baru-baru ini, namanya menjadi sebutan ramai selepas gambarnya tanpa seurat benang untuk koleksi Victoria’s Secret menjadi tular dan dikongsi oleh netizen. Untuk makluman, Alicia Amin atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin berusia 22 tahun dan kini sedang berlakon di dalam TV3 untuk drama Melayu yang bertajuk Meh Sandar Lagi.
Susulan kecaman dan kritikan yang diterima daripada netizen, Alicia Amin telah tampil meminta semua pihak agar tidak hanya mencari kesilapan seseorang, sebaliknya turut sama mencari ciri-ciri baik individu tersebut. Menurut Alicia, apa yang dilakukan adalah sama dengan situasi yang dialami ketika memperjuangkan hak wanita dan pandangan peribadi. Kata Alicia:-
Sejak berusia 16 tahun saya sudah berhadapan dengan situasi begini ketika memperjuangkan hak wanita dan pandangan peribadi. Kadang-kala industri mengharapkan kesempurnaan, namun kita harus berani mengambil langkah pertama untuk bermula. Sebab itu, saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik dengan apa yang saya miliki.
Saya berharap netizen mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan. Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain.
Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain.
Hmmmmm. Bukan senang nak mencari ciri-ciri baik seseorang tanpa mengenali individu itu secara peribadi. Apa yang seringkali kita lakukan ialah membuat penghakiman menerusi perkongsian kata-kata dan gambar di media sosial. Apa pun, Alicia Amin ada pendapatnya yang sendiri tentang gaya hidup yang mahu dijalaninya. Kita hanya mampu menegur setakat mana yang mampu. Semoga Alicia berbahagia dengan pilihan yang dilakukan. (Mstar Online)