Hafiz Hamidun: Kemukakan Bukti Jika Tuduh Saya Geng Kunyit

Kita tahu ramai yang bosan mendengar kisah Hafiz Hamidun dan Joy Revfa ini. Namun nak buat macam mana, kontroversi yang melanda mereka ini memang menarik. Malah banyak pengajaran dan teladan yang kita boleh ambil. Bab-bab nikah ini tak boleh buat main. Lebih-lebih lagi ia bakal melibatkan keturunan kita. Sebab itulah kita respek juga kepada Hafiz Hamidun kerana tidak menjalinkan hubungan suami isteri sepanjang perkahwinannya kerana Joy Revfa tidak menyerahkan bukti surat penceraian.

Namun ada suara-suara sumbang yang menuduh dan melabel Hafiz Hamidun sebagai “geng kunyit” kerana kontroversi ini. Ada yang menyatakan “kalau aku Hafiz, bini depan mata, takkanlah nak tengok je”. Bagi kita, kita kena faham bahawa Hafiz sudah tahu tentang status isterinya itu. Jadi katakan kalau Hafiz tetap meneruskan hubungan suami isteri dan tiba-tiba termengandung pulak, tak ke makin payah? Sebab itulah Abang Nara mengkagumi Hafiz, asas agamanya memang kukuh. Bak kata Hafiz Hamidun sendiri.

Saya tidak pernah berkahwin, tidak pernah bernikah atau bercerai di Siam. Jadi saya memang tidak tahu bagaimanakah prosedur yang perlu dijalani untuk mendapatkan pengesahan yang diperlukan.
Oleh sebab itu, saya menggunakan ruang berjauhan itu untuk bertanya pada mereka yang lebih arif. Saya bukan orang alim, tetapi masih ada asas agama untuk memikirkan baik buruk sesuatu tindakan itu.

Kalau ada pihak yang buat tuduhan seperti itu dan melabelkan saya dengan gelaran tersebut, dia perlu bertanggungjawab dan kemukakan bukti. Jika berlakunya unsur-unsur yang tidak tepat, saya anggap itu fitnah. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan atau saman.

Untuk makluman, Mufti Wilayah Persekutuan juga bakal memberikan komentarnya tentang kontroversi ini. Satu tindakan yang amat bagus dan wajar. Masyarakat perlu diperjelaskan. Ada hikmah juga sebenarnya perkara ini terjadi. Sekurang-kurangnya kita lebih sedar dan aware tentang bab-bab pernikahan ini. Jadi buat sesiapa yang nak berkahwin kelak, pastikan semua surat dah ada. Barulah tak jadi kecoh macam ini. (astrogempak)

loading...