Latest News

Tasha Shilla Ditegur Netizen Kerana Berpakaian Seksi Menampakkan Bahagian Belakang Badan

Lama juga pelakon Tasha Shilla menyepi daripada dunia hiburan tanah air, kata beliau sebelum ini, beliau enggan lagi terpalit dengan mana-mana gosip mahupun kontroversi dan akan menjaga imejnya sebaik mungkin.

Walau bagaimanapun, Tasha sekali lagi menarik perhatian ramai apabila tampil berpakaian seksi baru-baru ini sehingga menampakkan bahagian belakang tubuhnya. Perkara itu mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Ada yang memuji kecantikan Tasha ketika mengenakan busana tersebut tetapi seperti biasa pasti akan ada yang mengkritik dan memberikan komen berbaur sinis dan sindiran terhadap Tasha.




Kebanyakkan kontroversi Tasha sebelum ini adalah kerana gaya dan penampilan beliau yang agak seksi. Namun, bukan mudah sebenarnya untuk seseorang mengubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan didalam hidup mereka.