Latest News

Nur Fazura Mahu Tonton Filem Beauty and The Beast Di Luar Negara

Baru-baru ini pelakon Nur Fazura dikecam netizen kerana mempertikaikan keimanan sesetengah pihak selepas filem dinantikan ramai, Beauty and The Beast ditangguhkan tayangannya di Malaysia.
Nur Fazura dikecam netizen

Sebagai peminat Beauty and The Beast sejak kecil lagi, Fazura akui beliau merasa kecewa dengan isu penangguhan filem tersebut. Fazura akhirnya membuat keputusan untuk menonton filem Beauty and The Beast di luar negara.

Saya mahu menonton filem itu di luar negara kerana saya diberitahu ada babak yang  dipotong jika ditayangkan di Malaysia. Saya ingin menonton secara (pemikiran) orang dewasa dan tidak mahu orang lain menganggap akidah saya boleh terjejas apabila menonton filem itu. Saya rasa semua orang sudah dewasa dan ada pegangan agama masing-masing.

Beauty and The Beast dihimpit kontroversi  apabila pengarahnya Bill Condon dalam satu temubual majalah memberitahu bahawa watak Le Fou yang dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.
Ia telah diharamkan di beberapa pawagam di Amerika Syarikat dan Rusia telah melabelkan filem ini hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Pihak Walt Disney Co tetap berdegil  enggan memotong babak gay tersebut dan lebih rela untuk tidak menayangkan Beauty and The Beast di Malaysia. (mstar online)