Latest News

Nur Fazura Dikecam Netizen Kerana Tweet “Saya Tak Sangka Iman Mereka Senipis Kulit Bawang”

Umum mengetahui filem Beauty and The Beast ditangguhkan tayangannya kerana menurut pengarahnya, beliau ada menyelitkan babak gay secara eksklusif. Ia jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam mahupun budaya masyarakat Malaysia.

Tidak dinafikan ramai juga netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati termasuklah juga pelakon Nur Fazura. Menerusi akaun Twitternya, Fazura mengatakan beliau tidak menyangka iman sesetengah pihak senipis kulit bawang.

Nyata status Fazura itu menerima kecaman daripada netizen. Netizen berpendapat, Fazura tidak berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata berkenaan yang mencetuskan sensitivi keagamaan.




Erm, bukan soal iman sahaja sebenarnya tetapi adalah untuk mengelakkan anak-anak muda kita terlibat sertam mudah terpengaruh dengan isu gay ini. Apa pula pendapat korang dengan “tweet” Fazura?