Latest News

Mawar Rashid Akui Bercinta Dengan Raf Yaakob, Hubungan Direstui Keluarga


Pelakon Mawar Rashid kini akui beliau sedang bercinta dengan Raf Yaakob dan sedang mengenali hati budi masing-masing sejak dua bulan lalu. Sebelum ini, Mawar agak berahsia tentang hubungan mereka tetapi beliau kini bersikap lebih terbuka mengenai kekasihnya itu termasuk di media sosial, kerana mahu mengelakkan tanggapan negatif tentang hubungan mereka.

Mawar sebenarnya tidak pernah menyangka akan bertemu dengan seseorang yang mampu untuk membimbing beliau ke arah yang lebih baik. Malah, hubungan Mawar dan Raf juga mendapat restu keluarganya.
Memang pada mulanya saya berhasrat untuk tidak memikirkan soal cinta buat waktu ini, namun jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah. Soal cepat dan lambat, itu juga adalah ketentuan-Nya. Saya pula dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai pakej lengkap dan berasal dari keluarga yang baik.

Memandangkan keluarga juga memberikan restu kepada kami untuk saling mengenali hati budi, saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik. Apa yang penting, Raf boleh membimbing saya di dunia dan akhirat.
Pasangan ini juga sudah mula berlakon bersama  didalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kami mendoakan kebahagiaan Mawar dan Raf. Semoga hubungan mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. (BH Online)