Latest News

Emma Maembong: Dosa Saya Biarlah Antara Saya Dengan Tuhan Sahaja

Bukan mudah untuk seorang pelakon wanita bertudung seperti Emma Maembong untuk mengelak ataupun tidak mahu melakonkan adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain kerana umum mengetahui kebanyakkan pelakon harus mematuhi kehendak pengarah dan jalan cerita sesebuah drama ataupun filem.

Bakal muncul dengan filem Kimchi Untuk Awak tidak lama lagi, Emma akui beliau sudah bersedia untuk menerima segala kritikan apabila ada babak dimana beliau berpelukan dan berpegangan tangan bersama hero filem tersebut, Aiman Hakim Ridza. Emma tidak akan melenting kerana apa yang beliau lakukan itu adalah atas kehendaknya sendiri.

Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab. Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja.

Penonton tidak tahu bagaimana saya cuba mengelakkan adegan-adegan seperti itu dalam setiap lakonan saya, tapi dalam keadaan tertentu saya akui gagal berbuat demikian.

Saya tidak salahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana pilihan memang ditangan saya sama ada saya mahu buat atau tidak. Cukuplah saya katakan sebagai manusia biasa saya akan cuba belajar menjadi lebih baik.

Kadang-kadang kita tidak tahu situasi yang dihadapi oleh sesetengah pelakon wanita berhijab di set penggambaran. Harapnya Emma akan tabah dengan segala kritikan yang bakal beliau terima nanti.