Berpegangan Tangan Hadiri Majlis, Ada Apa Dengan Uqasha Senrose Dan Shah Iskandar?

Pelakon cantik jelita Uqasha Senrose diketahui ramai terlibat dengan pelbagai kontroversi sebelum ini. Pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim, kemudian dikaitkan dengan beberapa orang pelakon lelaki seperti Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly dan baru-baru ini kerabat diraja Tengku Bakar.

Namun, gambar yang kami terima menunjukkan Uqasha kini sedang rapat dengan pelakon kacak dari Singapura, Shah Iskandar.

Menurut saksi, mereka berdua dijemput ke program itu baru-baru ini dan dilihat sangat mesra seperti sedang bercinta.

Benarkah Uqasha sedang bercinta dengan Shah, yang diketahui juga telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Siti Sarah pada awal tahun lepas?

Uqasha dan Shah dikatakan sentiasa berpimpin tangan tanpa lepas sepanjang program berlangsung.
Turut hadir ke majlis itu ialah Ungku Ismail dan Nazeera Sardi yang bergandingn dalam drama HyppTV, Pembancuh Kopi Mr. Vampire.

Mungkinkah mereka berdua sekadar kawan rapat saja kerana zaman sekarang ini, artis yang sekadar berkawan rapat pun dilihat menyuapkan makanan ke mulut degan mesra seperti Elfira Loy dan Sufian Suhaimi?

Kita tunggu saja pencerahan Uqasha dan Shah mengenai perkara ini.


loading...