Ruhainies Dikritik Netizen Kerana Terlalu Rapat Dan Mesra Dengan Adik Lelakinya

Gara-gara memuat naik video dipeluk dan dicium oleh adik lelakinya, pelakon Ruhainies menjadi mangsa kritikan dan cemuhan netizen yang menyalah anggap kemesraan mereka adik – beradik. Lebih dasyat lagi, ada yang mengeluarkan kenyataan sumbang mahram dan pelbagai lagi tuduhan yang tidak masuk akal.

Menurut Ruhainies di portal Harian Metro, beliau dan adik lelaki bongsunya itu memang rapat dan netizen seharusnya tidak melemparkan pelbagai kata-kata negatif kepada mereka.

Bagi saya video yang dimuat naik itu tak ada apa yang salah. Semua yang mengenali saya tahu saya memang rapat dengan keluarga. Namun, apabila ada yang berpandangan negatif, bagi saya ia memang tak patut. Apatah lagi hingga mengeluarkan kenyataan yang tak sepatutnya seperti sumbang mahram. Kalau betul tak sukakan saya, lebih baik diam. Video itu tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak pun.
Ruhainies Dikritik Netizen

Meskipun dicemuh, Ruhainies sama sekali tidak menyesal memuat naik video berkenaan di akaun Instagramnya. Pada masa yang sama, Ruhainies mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membela beliau dan memberi maklum balas yang positif.
Mungkin disebabkan saya selebriti, perkara ini dipandang serius. Pada masa sama saya bersyukur apabila lebih ramai peminat yang membela dan memberi maklum balas positif. Niat saya baik dan tak terfikir pun video itu mendatangkan pertikaian banyak pihak.
Ruhainies seksi

Sabar lah Ruhainies, biasalah, pasti akan ada sahaja pihak yang akan mencari kesalahan kita dalam melakukan sesuatu. Mereka yang mengkritik itu kadang-kadang terlampau juga imaginasinya. (Harian metro)