Latest News

Raja Ilya Bakal Berlakon di Dalam Sebuah Filem Keluaran Marvel

Raja Ilya Bakal Berlakon Di Filem Keluaran Marvel

Wow. Jutaan tahniah diucapkan kepada Raja Ilya. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu? Raja Ilya telah mengesahkan bahawa dia akan berlakon di dalam sebuah filem keluaran Marvel pada hujung tahun ini. Seperti yang kita tahu, filem-filem Marvel adalah filem blockbuster yang confirm akan meletop sampai pecah panggung. Antara filem hebat Marvel ialah The Avengers, Doctor Strange, Captain America, Guardian of Galaxy, Thor dan banyak lagi.

Abang Nara pula terasa excited dan bangga apabila membaca berita gembira ini. Kagum sungguh melihat ada pelakon tempatan yang dapat mengembangkan bakatnya ke Hollywood untuk filem gred A. Kata Raja Ilya.

Ia sudah disahkan bahawa saya akan menjalani penggambaran untuk sebuah filem Marvel pada hujung bulan ini, tetapi kerana tajuk filem ini masih belum dipastikan, saya tidak boleh memberi maklumat terperinci mengenainya.

Tawaran ini datang daripada seseorang yang saya kenali di Indonesia yang sudah berlakon beberapa buah filem Marvel dan Disney. Sekarang saya cuma perlu bersedia untuk detik paling hebat di dalam hidup saya ini.

Agak-agaknya apakah filem Marvel yang bakal dilakonkan oleh Raja Ilya ini? Tak sabar pulak Abang Nara nak tahu. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Raja Ilya atas kejayaan ini. Semoga ia menjadi satu pemangkin buat Raja Ilya terus mencipta nama di persada antarabangsa.