Neelofa Sahkan Tidak Jadi Berlakon Dengan Fattah Amin

Fenomen Lofattah menjadi sensasi di Malaysia, sejak gandingan Neelofa dan Fattah Amin didalam drama Suri Hati Mr Pilot menjadi kegilaan ramai. Baru-baru ini, peminat mereka dikejutkan dengan khabar angin gembira dimana Neelofa dan Fattah dikatakan bakal berlakon bersama sekali lagi menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Namun, ia hanyalah harapan semata-mata dan tidak akan menjadi kenyataan apabila Neelofa mengesahkan beliau memilih untuk mengundur diri daripada berlakon dengan Fattah. Walaubagaimanapun, Neelofa tidak menjelaskan butiran lanjut kenapa beliau berbuat demikian.

Sebelum ini, saya sudah maklumkan kepada pihak Astro, pengarah Michael Ang dan tenaga produksi yang saya memang telah bersetuju untuk menjayakan drama bersiri Hero Seorang Cinderella. Atas sebab-sebab tertentu, saya mengalah dah tidak akan membintangi drama bersiri tersebut.

Ingin saya tegaskan, bukannya saya tidak mahu, awal-awal lagi saya telah menyatakan persetujuan saya. Namun begitu, atas sebab tertentu, saya terpaksa mengalah dan tidak dapat berlakon dalam drama bersiri tersebut.

Kalau nak tahu apakah sebabnya, kena tunggu pihak stesen atau tenaga produksi sendiri untuk memberikan penjelasan.

Erm, nampaknya kehangatan fenomena Lofattah mungkin akan berakhir. Pasti ramai peminat mereka kecewa dengan pengunduran diri Neelofa. Tidak mengapalah, mungkin ini adalah yang terbaik buat mereka pada waktu ini selepas dihimpit dengan pelbagai kontroversi.

loading...