Latest News

Foto Mesra dengan Penari Bogel, Jlo Beri Kebenaran


JIKA ada foto yang menunjukkan kekasih kita curang, sudah tentu ia mendatang kemarahan.

Namun, berbeza dengan penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez yang dikatakan tidak kisah dan tidak ada perasaan risau apabila foto mesra Drake berpelukan dengan pelakon porno, Rosee Divine. Gambar itu menjadi tular pada minggu lalu.

Hollywoodlife.com mendedahkan rahsia bagaimana Drake membuktikan kesetiaannya kepada penyanyi seksi berusia 47 tahun itu.

“Drake mahu semua orang berhenti membuat spekulasi mengenai dirinya berlaku curang dibelakang JLo dan dia bertemu dengan Rosee hanya berbincang tentang perniagaan. Malah, Drake juga sempat membuat video panggilan dengan JLo di depan Rosee ketika mereka menikmati makan malam di sebuah restoran,” kata sumber terdekat.

Foto kemesraan mengejutkan peminat sehingga menimbulkan salah faham. Bagaimana seorang penyanyi rap terkenal bercuti seorang diri ke Amasterdam hanya untuk bertemu dengan penari tiang?

Pasti akan menimbulkan kemarahan atau pergaduhan. Tapi JLo sangat yakin dan tidak kisah kerana sudah memberi kebenaran kepada Drake untuk bertemu Rosee terlebih dahulu.

“Drake sentiasa bersikap terbuka dan berterus-terang dengan Jen. Tambah pula, ada jurugambar yang ambil gambar setiap langkah mereka. Perkara terakhir yang dia akan lakukan adalah memusnahkan hubungan baik yang selama ini kongsi bersama,” sambung sumber.

Drake dan penyanyi berbadan seksi ini baru sahaja mendedahkan hubungan cinta mereka pada awal tahun ini. Pasangan ini juga bakal melancarkan lagu terbaru bersama tidak lama lagi.