Fathia Latiff: Saya Tidak Marah Mereka Kritik Cara Saya Bertudung Dan Berpakaian

Awal bulan ini, pelakon Fathia Latiff dikritik netizen gara-gara mengenakan pakaian seksi dengan tudung yang singkat ketika menghadiri Gala Night anjuran Mood Republik. Meskipun menerima pelbagai komen negatif di media sosial, Fathia pada waktu itu senyap sahaja dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut.
Fathia Latiff hijab

Terbaru, Fathia memberitahu beliau tidak marah dengan setiap kritikan orang ramai mengenai penampilan beliau.

Sebagai seorang yang masih belajar, Fathia memerlukan masa untuk mencari keserasian dalam penghijrahan beliau untuk menjadi insan yang lebih baik.

Saya tidak marah dengan mereka yang mengkritik mengenai cara saya mengenakan tudung dan sebagainya.  Saya akui pada awalnya ketika mengenakan tudung saya begitu “ekstrem”. Ketika itu saya berfikiran perlu menjaga setiap perkara dalam pemakaian. Saya yang tanam imej itu dalam fikiran mereka.

Bagaimanapun bila saya faham Islam itu mudah, akhirnya apa yang penting kini adalah perubahan yang datang secara perlahan-lahan. Sekali gus memastikan diri saya benar- benar selesa dahulu. Saya tidak mahu dikemudian hari ada perasaan memberontak dalam diri, itu yang cuba saya elakkan.

Lebih mudah sebenarnya untuk mengkritik seseorang kerana kita tidak tahu apa yang ada didalam hati mereka, kepayahan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Berilah masa untuk Fathia untuk dalami dan kenali erti penghijrahan dengan lebih mendalam.