Fathia Latiff: Saya Mahu Contohi Uqasha Senrose

Pelakon Fathia Latiff dan Uqasha Senrose sememangnya bersahabat baik. Mereka sering menyokong antara satu sama lain dalam setiap perkara dan meluangkan masa agak kerap juga bersama. Walaubagaimanapun, tidak semua orang senang hati melihat keakraban mereka, ada sesetengah pihak yang takut jika Fathia akan terpengaruh dengan Uqasha untuk membuka hijabnya.

Namun, Fathia memberitahu beliau mempunyai pendiriannya tersendiri. Fathia cuma mahu mencontohi kebaikan Uqasha.

Bagi saya, biarlah saya menjadi diri sendiri, tak perlu mengikut sesiapa. Saya cuma belajar dan mencontohi kebaikan orang lain. Kadang-kadang, saya sendiri rasa mahu mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh Uqasha. Saya merupakan sahabatnya, saya tahu dia seorang yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Dia juga mempunyai peribadi yang baik dan seorang sahabat yang menyenangkan. Orang luar sahaja yang tidak tahu.

Mungkin Uqasha ada silapnya dalam tindakan membuka hijabnya, tetapi tidak bermakna beliau tiada kebaikan langsung didalam dirinya. Orang kita mudah menilai daripada luaran sahaja dan kami pasti Fathia juga mempunyai pendirian beliau tersendiri selain tahu membezakan perkara baik dan buruk. (astro gempak)


loading...