Che Ta Kongsi Kisah Ketika Zaman Susah : Pernah Berhenti Kerja Kerana Gaji RM4000 Tidak Cukup

Bukan mudah sebenarnya untuk Rozita Che Wan bergelar anak seni dan terus mempunyai kehidupan mewah seperti yang anda lihat sekarang.

Ketika zaman susahnya, Che Ta akui beliau pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji RM4000. Mungkin pada anda nilai RM4000 itu agak besar tetapi ia tidak cukup untuk Che Ta yang pada waktu itu seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak lelaki yang masih kecil. Tentu sekali, perbelanjaan mereka sekeluarga agak tinggi.

Merasakan gaji yang diterima tidak mencukupi, Che Ta kemudiannya berhenti kerja dan memberanikan diri untuk bergelar pelakon. Setiap apa yang dilakukan beliau adalah demi keselesaan anak-anaknya.

Selepas bercerai sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Ketika itu saya merasakan gaji RM4,000 terlalu kecil. Saya kemudian mendapat tawaran membuat iklan, makin lama rezeki saya dalam dunia modelling semakin murah dan saya dapati ia lebih lumayan daripada kerja makan gaji saya.

Jadi saya berhenti sahaja kerja dengan syarikat itu. Selepas sahaja berhenti saya pun mendapat tawaran berlakon.  Rupanya berlakon lebih berbaloi kerana kita tidak perlu kerja setiap hari tetapi saya terima bayaran lebih daripada apa yang tempat kerja saya bagi. Lagipun saya bekerja untuk menyara anak. Saya mencari rezeki untuk mereka, jadi saya mahu mereka selesa.

Kalau tidak berani mengambil risiko untuk mengubah kehidupan kita, maka kita akan berada di takuk yang sama sahaja. Kata orang, kalau hendak hidup senang kita perlu berusaha dan jangan mudah putus asa.