Buku Fattah Amin Yang Dipersenda Oleh Netizen Masuk Carta “Best Seller”

Siapa sangka buku yang dikecam,dikritik dan dihimpit kontroversi kerana dikatakan tidak mempunyai sebarang makna oleh netizen iaitu 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin kini sudah memasuki carta “best seller”.

Menurut Fattah, sejak bukunya menjadi perbualan hangat di media sosial, jualan secara didalam talian meningkat secara mendadak. Malah, pihak MPH Book Store sudah memohon tempahan kedua buku berkenaan.

Untuk cetakan pertama pihak penerbit mengeluarkan 5,000 salinan dan Alhamdulillah setakat ini jualan sangat memberangsangkan walaupun ia dikritik hebat.

Malah pihak MPH Book Store juga membuat tempahan baru buku itu kerana mendapat permintaan tinggi selain ia diletakkan di carta “best seller”.

Antara kata-kata yang menjadi viral dan ejekkan pengguna media sosial ialah “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh…. kelakar kan.”

Namun, segala kata-kata negatif yang dilemparkan sedikit pun tidak mematahkan semangat Fattah. Pada saya… dalam perniagaan biasalah pasti akan ada yang tidak suka dengan produk dihasilkan dan sebaliknya.

Alhamdulillah jumlah yang memberi maklum balas positif lebih banyak daripada yang mengkritik saya.

Mengulas mengenai kekeliruan berhubung harga sebenar buku itu sehingga dikatakan terlalu mahal, Fattah berkata ia dijual pada harga RM50 senaskhah sekiranya dibeli di kedai dan bagi pembelian secara dalam talian pula dikenakan sebanyak RM58 termasuk harga pos.

Walaubagaimanapun, untuk pembeli di Sabah dan Sarawak pula buku itu dijual pada harga RM53 jika dibeli di kedai manakala secara pos pula dikenakan sebanyak RM65. Fattah turut menyertakan cd single terbarunya, Wanita Terakhir dengan setiap pembelian buku tersebut. (mstar)