Latest News

Neelofa Mahu Lelaki yang Mempunyai 4 Sikap Ini

Neelofa Mahu Lelaki yang Mempunyai 4 Sikap Ini

Apabila berbicara soal jodoh, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Neelofa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh terbaik.

"Kalau boleh saya mahu kahwin pada tahun ini atau paling tidak pun setahun dua lagi.  Saya tak mahu bercinta sangat yang penting dapat terus bernikah.

"Lelaki yang saya mahukan sudah tentu lelaki yang baik.  Maksud baik di sini adalah lelaki yang mempunyai empat sikap yang saya inginkan iaitu jujur, bertanggungjawab, menghargai dan hormat saya.

"Iyalah kalau dapat yang jujur tapi tak hormat orang tak hargai diri you dan tak bertanggujawab tak guna juga.  Jadi, si dia perlu ada semua karakter ini," ujarnya.

Ditanya mengenai jodoh dalam satu industri pula, Lofa mempunyai jawapannya sendiri.