Latest News

4 Selebriti Malaysia Berdarah Kacukan

Seperti mana yang kita ketahui, terdapat ramai selebriti yang berdarah kacukan. Jom kita tengok antara ramai-ramai, siapa selebriti tersebut.

1. Zahirah Macwilson
Selebriti Malaysia Berdarah Kacukan

Pelakon Zahirah Macwilson atau nama sebenarnya ialah Nur Zahirah binti Zanol Johari MacWilson berdarah campuran Australia dan Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1995. Zahirah menjadi model ketika usianya 12 tahun.  Beliau merupakan anak sulung dari empat adik-beradik. Bapanya, Zainol MacWilson merupakan bekas penyampai berita TV3.

2. Siti Saleha
Selebriti Malaysia Berdarah Kacukan

Siti Saleha yang berketurunan Inggeris dan Melayu ini dilahirkan pada 14 Mac 1990.  Merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan dibesarkan di Klang, Selangor. Siti Saleha merupakan adik kepada vokalis kumpulan Sam Bunkface. Siti Saleha mula menempa nama di dalam industri seni apabila wataknya di dalam drama Nora Elena bergandingan bersama Aaron Aziz mendapat perhatian.
3. Deanna Yusoff
Selebriti Malaysia Berdarah Kacukan

Berdarah kacukan British dan Melayu, Deanna Yusoff telah dilahirkan pada 3 Januari 1967. Beliau mula mendapat perhatian ramai menerusi filem Selubung yang sekali gus telah melayakkan dirinya untuk memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

4. Susan Lankester
selebriti berdarah kacukan

Filem Mekanik yang ditayangkan pada tahun 1984 telah menaikkan nama Susan Lankester di persada seni tanah air. Beliau yang mempunyai darah kacukan Inggeris dan Cina ini pernah memenangi anugerah kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-4. Selain itu beliau juga pernah bertanding dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1993.